Friday, March 13, 2015

Years passes by.. and here I am..

Dear blog,

 Dengan iringan rindu dan dendam kini mak kembali dengan mood dan gelaran baru. Mak gelar diri mak, Che' Ra sekarang ahaks.. feeling feeling Diva ala ala Che'Ta.. anyway memang cun anaknyer ngan Zain tu.. Che'Ra admire sangat.. ^_^..

 Ok, kenapa Che'Ra lama menyepi? Sebab Che'Ra pon ada baby baru...!! and he's a boii!! So, Che'Ra memerlukan seluruh kuderat untuk melayannyer.. hehe.. sekarang dia dah hero, jalan pon mendada jer. Dia dah semakin sibuk. Bijak mewujudkan peluang pekerjaan.. tapi pekerjanya sorang jer iaitu Che'Ra.. huhuhu
So, Che'Ra sorry sangat sangat. Bukan tak sayang tau...

 Dalam diam Che'Ra dah tak leh sangat nak melayan hobi hobi Che'Ra yang ada.. memang rindu sangat dengan baby baby yang rajin tempah tudung Arissa dari Che'Ra tau..dah lah Che'Ra baru beli mesen jait tepi. Sob sob sob.. tak leh nak menjait pulak. Pasal Telekung Instant Neira(TIN) kita semua dah sedia maklum telah diserahkan urusannya dengan HelizaHelmi dan dikenali sebagai Heliza Instant Telekung (HIT).

 So practically Che'Ra memang dok melayan hero yang sorang ni lah.. melayan lebih sebagai jaga.. bukan macam bidadari bidadari gittew keyh.. macam jaga tu macam, kena pastikan persekitaran selamat untuk dia bermain.. bangun tidur pastikan dia makan.. mandi, tukar pampers, kain baju bersih.. dsbnya.. satu lagi dia ni ada satu tabiat macam menabung di kemudian hari.. Che'Ra akui ia satu praktis yang bagus tapi lain sikitlah.. bukan time makan rasa macam sedap sajer jer buang kat lantai untuk dia kutip balik makan kemudian.. haish.. bijak bayi kan.. jangan ingat Che'Ra tak leh baca auta tu.. huhuhu




No comments:

Post a Comment

Followers